|
I'm The Sweet Owner Talk Here Status Choose Background Blog Archive Contact Me Credits |
Letih ~ Saturday, December 29, 2012 | 0 Possible[s]
Assalamulaikum . aku letih sangat sangat hari nie . nak tau kenapa ? haha sebab aku pergi shopping barang barang sekolah ! weeee ~ tapi letih pun berbaloi lha sebab dapat cari keperluan asrama dan sebagainya kan ? okey lha . aku nak cerita kegiatan aku hari nie . haha . first sekali aku , mama dan wan bertolak lha dalam pukul 11 pagi waktu Malaysia . lepas tu , kita orang pun singgah lha kat rumah mak ngah sebab wan nak jumpa dengan dia . lagipun , dekat rumah tak ada orang jugak . lepas tu , aku dan mama pun pergi lha ke Parkson untuk meneruskan misi kami . hehe ~ sampai sampai je , mama aku pun parking lha kereta depan masjid dekat Parkson . lepas tu , aku pun mula lha mencari cari barang yang dikehendaki . hehe .
lepas aku beli semua barang yang aku nak , aku pun nak blah lha . jalan punya jalan , akhirnya aku terserempak dengan Afiqah Nabihah and family ! haha dia memang tak perasan langsung aku tengok dia . lepas sama sama nampak baru lha macam tak hengat dunia . ahaks ! kita orang pon salam lha . cakap cakap then masing masing minta diri . aku dengan mama sebenarnya nak singgah dekat Pasar Siti Khadijah jap nak melilau cuci mata . tapi , nak dijadikan cerita , hari nie ada pasar malam dekat Pasar Siti Khadijah . memang setiap malam ada pasar . mama aku memang tak ingat langsung lha ada pasar sebab tu lha parking macam biasa je depan masjid dekat Parkson tu .
bila kita orang dah sampai dekat kereta , dia orang dah siap pasang khemah nak berjual malam nie . alamak ! macam mana nie ? dah lha khemah tu dia pasang dekat belakang kereta mama aku . macam mana nak keluar ? ayoyo ! mama aku pun tanya lha baik baik , "macam mana nak keluar nie ?" makcik tu pun cakap *dengan muka bengis* "keluar je lha ikut sini !" mama aku pun start lha kereta dan try untuk keluar , tapi faham faham je lha . kalau ruang sempit macam mana nak reverse kan ? tak pasal pasal kang roboh khemah mak cik tu ! huh . reverse punya reverse akhirnya berjaya lha jugak . nasib baik mama aku pro , kalau tidak , entah lha . tapi nak boleh keluar pun kedegung kedegang berlanggar dengan divider . mak cik tu pun satu , tak boleh nak consider sikit ! kalau ye pun , tolak lha siket khemah awak tu ! jual ikan betol lha ! *jeling menyampah* tak jadi lha nak pergi melilau cuci mata tu . *hampa* lepas tu kita orang pun pergi makan dekat McDonald's . *lapar tahap dewa*
harap maaf . semua gambar makanan tidak sempat diambil kerana masing masing kebuloq dan tak hengat dunia bila dah dapat mencekik dengan hati yang girang ~ yeay !
haha ini je lha gambar dekat McD . sikit je ambek sebab kelaparan yang teramat sangat ! lepas makan , masing masing kekenyangan . hehe lepas tu , kita orang pun ke rumah mak Ngah sebab nak ambek Wan balek . lepas tu , aku pun bukak lha semua barang yang dibeli . kemas punya kemas , bukak lappy , online fesbuk kejap then aku pun terus update blog nie . hehe XD okey lha . aku nak tido lha pulak ! ngantok . esok nak pergi Econjaya sebab nak beli hanger dan sebagainya . hehe . sampai di sini saje ye . nanti kite jumpe lagi . tata ~ Assalamualaikum .
|
Post a Comment